Komunikasi terbentuk apabila wujudnya interaksi di antara seseorang dengan orang lain. Komunikasi adalah penting dalam usaha menyalurkan maklumat, menerangkan sesuatu perkara, mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak dan memaklumkan sesuatu perkembangan akan sesuatu perkara. Hubungan tersebut wujud sama ada secara tidak formal ataupun formal. e-Book ini mengandungi 17 Tip untuk berkomunikasi secara efektif dan bersopan ke arah mengelakkan masalah komunikasi dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat.