Coaching merupakan aktiviti penting yang harus dilaksanakan oleh pihak pengurusan dalam sesebuah organisasi kerana ia memberi sumbangan terhadap pembangunan pekerja di dalam organisasi. Saya berharap penulisan berkaitan Kepentingan Coaching Di Tempat Kerja selain berkongsi ilmu, ia juga dapat membantu memberi lebih kefahaman kepada para pembaca sama ada yang bergelar pekerja (Coachee) atau Penyelia (Coach) atau pihak pengurusan organisasi berkaitan kepentingan pelaksanaan Coaching di tempat kerja.