33 AYAT UBATI RESAHMU
Buku ini disusun dalam tiga bab utama yang ringkas, menarik dan mudah difahami. Bab pertama memperkenalkan tujuan penulisan serta pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan mesej mengenai ayat-ayat dalam al-Quran yang dapat menenangkan hati. Bab kedua merupakan inti pati utama buku ini yang menghimpunkan 33 ayat al-Quran yang diharapkan dapat memberikan ketenangan kepada pembaca dalam mengubati hati yang resah. Setiap ayat disertakan dengan infografik yang menarik bagi membantu pembaca memahami kandungannya dengan lebih santai dan berkesan. Bab terakhir pula merumuskan keseluruhan perbincangan serta harapan penulis agar buku ini menjadi panduan yang dapat menenangkan dan menenteramkan hati mereka yang sedang dilanda kesedihan, keresahan dan pelbagai ujian kehidupan.
Currently No Review