Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia. Masing-masing hanya nampak dari sudut harta benda, wang ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki. eBook ini Ustaz Sayid Sufyan membentangkan bentuk-bentuk rezeki dan istidroj. Jangan sampai kita perlu bertanya, "Rezeki, Awak Kat Mana?".