Buku ANAK TIDUR SENDIRI ini menerangkan 6 langkah mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa yang ingin melatih anak tidur sendiri. Melalui pengalaman penulis sendiri, langkah-langkah ini terbukti boleh dilaksanakan dan anak-anak berjaya tidur sendiri pada masa kecil. Buku ini juga membincangkan pelbagai masalah yang dilalui oleh ibu bapa yang sedang melatih anak tidur sendiri. Pandangan dan cadangan penyelesaian juga diberikan. Buku ini perlu dibaca oleh setiap ibu bapa yang bakal menerima cahaya mata atau ahli keluarga terdekat sebagai persediaan. Ia juga sesuai untuk setiap ibu bapa yang mempunyai seorang anak atau lebih daripada seorang anak yang masih lagi tidur sekatil dengan ibu bapa mereka. Buku ini boleh diberi sebagai hadiah kepada teman dan keluarga.