Buku puisi ini mengisahkan perjuangan seorang pemuda yang pernah melalui pelbagai dimensi kehidupan sebelum mengecap kemanisan dan kejayaan yang membanggakan dalam diari kehidupannya. Disebalik kejayaan ini tersingkap pelbagai cabaran yang pernah mematahkan jalan hidupnya. Namun jiwanya yang hampir mati bangkit semula mendepani cabaran. Ikuti kisah hidupnya menerusi bait-bait puisi yang diadun sebaik mungkin untuk pembacaan.