Apa sahaja yang anda lakukan, sibukkanlah lidah anda dengan berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T dengan doa-doa dan zikir Asmaul Husna. Berdoalah ketika sedang memasak, membasuh pinggan, mencuci baju, menyapu lantai dan semasa melakukan kerja-kerja rumah yang lain.