Modul Terapi Kognitif ReSET (Rehabilitation Self-Esteem Therapy) merupakan satu panduan mengendalikan kaunseling kelompok untuk klien yang mempunyai masalah estim kendiri rendah. Buku panduan ini mengandungi set latihan terapi yang disesuaikan mengikut keperluan golongan belia. Ia boleh digunakan oleh kaunselor berdaftar untuk membantu dalam melancarkan sesi kaunseling kelompok. Secara keseluruhannya, buku panduan ini menyediakan terapi kaunseling kelompok yang ringkas kerana ia dijalankan secara minimum sebanyak 6 sesi.