Saya berbesar hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Karmin Abbas di atas kesudian beliau menyertakan tulisan Jawi dalam karya beliau ini. Saya harap sokongan Cikgu Karmin kepada usaha pelestarian Jawi berterusan bersama karya-karya beliau pada masa akan datang. Saya sendiri telah melihat usaha beliau mempertingkatkan penggunaan pantun dan penulisan dalam kalangan remaja menerusi teknik ciptaan beliau sendiri (Flo Glo). Hebat.Syabas Cikgu Karmin dan semoga sentiasa dianugerahi kecemerlangan.