SAKA MERAYAU Ariel dan Nadiah Asyikin baru berpindah ke rumah ‘subsale’ yang baru dibeli. Nadia menanti hari untuk melahirkan anak sulung. Dia selalu melihat kelibat di rumah itu, terutama bila keseorangan. Nadia enggan tinggal di rumah itu lagi selepas bersalin. Ariel tiada pilihan lain kecuali menyewakan rumah itu kepada penuntut-penuntut UITM. Namun, saka kepunyaan Pak Ali terus merayau mencari tuan baru bagi menggantikan tuannya yang telah meninggal dunia tanpa zuriat.