Ebook JOM!..Ambil Tahu Tentang Komunikasi ini diterbitkan untuk berkongsi pengetahuan, kefahaman serta amalan tentang sesuatu perkara dalam kehidupan yang berkait dengan komunikasi. Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan di mana komunikasi merangkumi pelbagai aspek antaranya teori, jenis-jenis dan cara komunikasi, etika serta adab dan tujuan komunikasi itu sendiri dalam interaksi seharian.Usaha berkomunikasi dengan baik ternyata mampu mendatangkan pelbagai manfaat sepanjang kehidupan seorang insan. Beruntunglah bagi mereka yang mampu menjaga aspek komunikasi. Komunikasi yang berkesan mampu menyelesaikan pelbagai masalah. Besar harapan agar ebook ini dapat memberi manfaat yang baik seperti yang diinginkan oleh setiap penulis.