E-book Python - pengiraan faedah ringkas dan kompaun ini diterbitkan untuk bersama mendidik pembaca dan pengguna tentang kelebihan bahasa pengaturcaraan Python yang mana digunakan bersama dalam pengiraan matematik. Python agak mudah dipelajari, jadi ia telah diterima pakai oleh ramai pengguna yang bukan pengaturcara, seperti akauntan, ahli matematik dan saintis, untuk melaksanakan pelbagai tugas harian. Buat julung kalinya, penulis membincangkan pelbagai persoalan dan kajian beserta beberapa contoh mudah untuk dikongsikan bersama dengan pembaca. Pembaca juga boleh melihat keratan aturcara dan melaksanakan pada platform atas talian bagi melihat hasil atau output. Secara keseluruhan penulis mengajak pembaca untuk melihat dari perspektif yang berbeza tentang pengiraan faedah ringkas dan kompaun yang dilaksanakan secara manual dengan pengiraan yang dilaksanakan secara automasi menggunakan Python. Semoga setiap perkongsian dalam e-book ini akan memberi manfaat kepada semua.