Terpilih dilahirkan sebagai pembawa talasemia mempunyai cabaran tersendiri. Untuk memahami keadaan tersebut, memujuk diri untuk menerima dan teruskan kehidupan memerlukan kekuatan luar biasa. Namun, bimbingan daripada mereka yang berkelayakan serta berpengalaman dapat menghindari kekusutan emosi dan jati diri. Mereka yang terpilih menerima anugerah ini sebenarnya diberi peluang besar untuk menjadi insan luar biasa. Namun, adakalanya, kita mungkin tenggelam dalam laut keputus-asaan dan kegusaran. Ebook ini ditulis untuk memberikan panduan dan menjadi pembakar semangat agar anda boleh keluar daripada cabaran ini menjadi seorang pemenang! Semoga ebook ini juga dapat memberikan kesedaran bahawa semua ini adalah anugerah Ilahi untuk membantu kita lebih bersyukur dan mencapai kehidupan lebih baik. Sekaligus, meningkatkan pencapaian kita ke tahap maksimum.