Imej pesona diri atau jenama diri adalah sesuatu yang menjadikan kita berbeza dan istimewa berbanding dengan orang lain atau rakan sekerja. Kita harus memahami dan mengetahui keunikan, kekuatan, bakat, kemahiran diri sendiri yang membezakan diri kita dengan orang lain serta memberikan faedah kepada orang lain dengan bakat yang dimiliki itu. Semoga perkongsian ilmu daripada saya berkaitan topik Membina Jenama Diri (Personal Branding : Branding Yourself First) memberi manfaat kepada pembaca dan mendapat semangat positif untuk membina jenama diri sendiri ke arah kejayaan kehidupan dunia dan akhirat.