Detik 18 Mac 2020 mencatat sejarah tatkala bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PKP dilaksana bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Kini, Malaysia sudah melalui tiga fasa PKP iaitu PKP peringkat awal, PKP Bersyarat (PKPB) dan terkini, PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. Pelaksanaan PKP ini memberi impak mendalam kepada semua pihak. Hampir tiada yang terkecuali, daripada kepimpinan tertinggi negara hingga ke rakyat marhaen. Namun, kesan daripada keadaan ini ramai yang buntu untuk bangkit semula menyesuaikan diri dengan normal baharu dan seterusnya menjana kewangan dengan apa yang ada. Keliru tidak tahu nak buat apa? Duit makin berkurang, kerja makin tidak ada, tetapi hidup perlu diteruskan. Masih ada harapan untuk kita? Jawapannya ada bersama ebook ini. Pastikan anda membacanya hingga ke muka surat terakhir.