Ebook ini khas untuk menyalurkan perkongsian kepada peminat biskut supaya dapat mencuba himpunan resipi-resipi yang telah terbukti menjadi dan sedap dengan air tangan sendiri. Sebahagian resipi berasal dari idea penulis, manakala sebahagian lagi di adaptasi dari sumber yang dikenali ramai seperti blogger dan Youtuber Azie Kitchen, Che Nom dan Azlita Aziz. Ramuan dan cara membuat biskut disusun atur dengan jelas dan menarik, menjadikannya seronok untuk dicuba oleh warga pembaca. Memang jadi! InsyaAllah. Bukan sahaja mudah, malah sedap rasanya. Insan-insan tersayang di sekeliling anda pasti meminta lagi...